Berita Hari Ini

Pengguna Lebuh Raya PLUS meningkat 2 juta menjelang akhir Ramadan

 Jumlah trafik Lebuh Raya PLUS dijangka meningkat 25 peratus kepada 2 juta kenderaan pada hari-hari akhir Ramadan bermula 29 April hingga 9 Mei ini berbanding trafik harian sebanyak 1.6 juta.

Lantaran itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan orang ramai membuat perancangan untuk pulang ke kampung lebih awal bagi mengelak terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak dan kesesakan menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata,  PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat ini bagi membantu orang ramai merancang perjalanan balik kampung dan pulang ke kota masing-masing pada musim perayaan ini.

”Pasukan Operasi lebuhraya kami juga telah bersiap-siaga dan bersedia untuk membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

Ia melibatkan pendekatan yang holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai.

Menurut Azman, pelan persediaan operasi lebuhraya tersebut akan diumumkan kemudian. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");