Membawang Hari Ini

Penyanyi disyaki pukul bekas isteri akan dituduh di mahkamah esok

Seorang penyanyi lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul bekas isterinya di kawasan rumah di Kota Damansara, di sini, pada Rabu, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 45 tahun itu direman dua hari, sebelum dituduh di mahkamah.

“Reman bermula hari ini sehingga esok, Kita akan tuduh di mahkamah pagi esok,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan mangsa berusia 27 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu pada Selasa.

Bertindak atas maklumat itu polis menahan lelaki berkenaan di kediamannya pada Rabu.
Kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada jam 2.29 petang.

Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

Suspek kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.-SinarHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");