Panasnya Hari Ini

Pertemuan Ku Li-Amanah diperbesarkan, kata orang dalam

Satu pertemuan antara veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa pemimpin Amanah Kelantan diperbesarkan pembangkang berbanding keadaan sebenar, kata orang dalam.

Bercakap kepada FMT, sumber yang rapat dengan Tengku Razaleigh menolak cakap-cakap berhubung kemungkinan ahli Parlimen Gua Musang itu dan Amanah bekerjasama untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Spekulasi itu timbul susulan pertemuan dalam sebuah majlis berbuka puasa antara Tengku Razaleigh dan beberapa pemimpin Kelantan, termasuk bekas ketua Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah dan Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan.

Gambar majlis itu dimuat naik pemimpin Amanah Kelantan, Muhammad Husain, yang berkata pemimpin negeri dari pelbagai parti dan NGO di Kelantan menghadiri majlis itu.

Katanya, semua pihak berkepentingan perlu bersedia untuk berbincang dan merangka pelan tindakan realistik yang akan membawa impak serta manfaat kepada semua.ADVERTISING

Ia membawa kepada spekulasi Razaleigh sedang menghimpunkan sokongan untuk menyingkirkan PAS daripada pentadbiran Kelantan pada PRU15.

“Jangan membaca terlalu banyak. Pembangkang hanya cuba menjadikan pertemuan biasa kelihatan lebih daripada apa yang berlaku sebenarnya,” kata sumber yang enggan dinamakan.

“Sesetengah individu hanya mahu meletakkan diri mereka dekat dengan pemimpin terkenal seperti Ku Li,” kata sumber itu merujuk gelaran kerabat diraja Kelantan itu.

Sumber itu berkata, Tengku Razaleigh bukan lagi “peserta dalam permainan” dan kemungkinan beliau bersara sebaik sahaja Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.

November lalu, Tengku Razaleigh dalam wawancara dengan FMT memberi bayangan beliau akan bersara daripada arena politik sebaik sahaja PRU15 diadakan.

Tengku Razaleigh menjadi wakil rakyat selama 53 tahun. Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ulu Kelantan Barat pada 1969.

Lima tahun kemudian, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Ulu Kelantan, yang kemudian dinamakan Gua Musang, yang diwakilinya selama 48 tahun berturut-turut.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");