Berita Hari Ini

Rohingya yang lari sudah ditahan 2 tahun

Kesemua 528 tahanan yang melarikan diri dari pusat tahanan Imigresen di Sungai Bakap, Pulau Pinang merupakan pelarian yang menceroboh perairan negara pada tahun 2020, kata menteri dalam negeri.

Hamzah Zainudin berkata pelarian etnik Rohingya itu dipindahkan daripada Kem Wawasan Langkawi setelah melanggar Akta Imigresen dua tahun lalu.

“Dalam hal ini, saya menegaskan bahawa Malaysia adalah negara yang tidak mengiktiraf status pelarian dan keberadaan pelarian dalam negara adalah hanya atas dasar kemanusiaan.

“Sehubungan itu, semua pihak termasuk warga asing yang berada di dalam Malaysia mesti mematuhi undang-undang negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya,  bagi memelihara kedaulatan dan kepentingan rakyat Malaysia, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada pihak yang melanggar undang-undang.

Awal pagi semalam, seramai 528 tahanan melarikan diri setelah tercetus rusuhan di pusat tahanan itu.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata tahanan melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan grill penghadang. 

Operasi memburu digerakkan oleh polis Kedah dan Pulau Pinang, Jabatan Imigresen Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit anjing pengesan K-9.

Enam orang dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika cuba melintas lebuh raya Utara-Selatan (Plus).-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");