Perak Hari Ini

Sembelihan ternakan untuk jualan Aidilfitri perlu dapat permit JPV

Aktiviti penyembelihan ternakan seperti lembu dan kerbau untuk penjualan daging di negeri ini perlu mendapat permit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), khususnya menjelang perayaan Aidilfitri awal bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Razman Zakaria berkata, ini bagi memastikan binatang yang disembelih sihat, mempunyai pemilik dan bebas daripada sebarang penyakit bagi menjamin keselamatan makanan.

“Mengikut peraturan semua penyembelihan perlu dilakukan di tempat yang sah dan ditetapkan oleh JPV.

“Walaupun kadang-kadang berlaku penyembelihan ternakan di kampung-kampung pada musim perayaan, ia juga hendaklah mendapatkan kelulusan daripada jabatan itu, termasuk kebenaran memindahkan ternakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim di Markas Pas Masjid Tinggi di sini pada Ahad.

Razman turut memberi jaminan bahawa bekalan daging di negeri ini mencukupi untuk musim perayaan nanti.

Selain itu, beliau berkata, JPV sedang memohon peruntukan bagi memberi ganti rugi kepada penternak khinzir yang terpaksa melupuskan ternakan mereka akibat penyakit demam babi Afrika (ASF).

Katanya, langkah itu membabitkan kira-kira 3,700 ekor khinzir dari tiga ladang ternakan komersial sejak Mac lalu sehingga kini, termasuk 990 ekor di daerah Batang Padang dan Hilir Perak.-SINARHARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");