Berita Hari Ini

Tarikh debat Najib, Anwar diumum hujung minggu ini

Tarikh debat antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan dalam sidang media hujung minggu ini.

Lokasi dan media yang berhak untuk menyiarkan perdebatan kedua-dua pemimpin terbabit turut akan diumumkan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Menurut beliau, perkara tersebut telah dibincangkan bersama dengan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil yang juga bekas pengawai khas Najib.

Tambah Fahmi, Anwar mahu perdebatan berlangsung secepat mungkin dalam bulan Ramadan manakala Isham memberitahu perdebatan tersebut sesuai diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Semalam 13 April dalam pertemuan pukul 4 petang, Isham bertiga, saya juga bertiga, saya ulang pendirian Anwar supaya debat diadakan secepat mungkin dalam bulan Ramadan.

“Dan Isham tetap dengan pandangan masa sesuai ialah selepas Raya. Beberapa tarikh khusus dibincang tapi belum dimuktamad.

“Kami juga bersetuju pemakluman debat akan dibuat secara bersama dalam satu sidang media hujung minggu ini,” kata Fahmi dalam satu kenyataan ringkas.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Isham Jalil dan Najib Razak kata kononnya Anwar sudah setuju tarikh lepas Raya. Mana ada, kita belum setuju pun. Semua masih dalam perbincangan dan belum diputuskan.

“8 April 2022 dalam pertemuan pertama bersama Isham, dia datang bertiga, saya berdua, saya sampaikan hasrat Anwar agar debat Sapura Energy dibuat dalam bulan Ramadan.

“Isham sampaikan pandangan bulan Ramadan tak sesuai atas pelbagai alasan, dan cadang selepas Raya.

“Saya terima pandangan beliau dan kami bincang beberapa tarikh untuk dirujuk kepada pimpinan masing-masing,” katanya.

Turut dibincangkan adalah mengenai waktu, pengantara, jumlah penonton, keselamatan dan banyak lagi.

“So kita tunggu pengumuman rasmi bersama hujung minggu ini. Nak rock? Let’s rock,” kata Fahmi.-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");