Berita Hari Ini

Adam Adli, Fahmi tak sehaluan terima idea ‘khemah besar’

Slot pertama siri debat politik yang disusun untuk orang ramai malam tadi menyaksikan dua calon ketua Pemuda PKR (AMK) bertembung dalam isu idea ‘khemah besar’ yang dikemukakan pembangkang baru-baru ini.

Berdasarkan perjalanan debat berkenaan, jelas tidak ada titik persetujuan terbina dalam pemikiran bekas aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim, dan Ketua AMK Pulau Pinang, Fahmi Zainol.

Menurut Adam Adli, dia melihat idea ‘khemah besar’ itu sebagai suatu strategi politik untuk berdepan dengan Umn-BN namun ia tetap terikat kepada prinsip.

“Saya saya melihat (idea) ‘khemah besar’ (atau) ‘khemah kecil’ hanyalah strategi politik (kerana) apa yang paling penting ialah pendirian dan prinsip yang dibawa oleh warga politik yagn dianggotai oleh kita terutama menjelang PRU (pilihan raya umum) ke-15 ini.ADS

“(Hal itu kerana) kita tahu ada trauma yang panjang berkaitan dengan kerjasama politik (dijalin) sebelum ini yang (kemudian) mengakibatkan banyak berlakunya pengkhianatan, seterusnya bukan sekadar merugikan parti sebaliknya juga – yang paling penting – merugikan rakyat,” katanya.

Debat selama sejam itu disiarkan secara langsung melalui Astri Awani dan diadakan menjelang pemilihan ketua AMK PKR nasional tidak lama lagi.

‘Khemah besar’ merupakan cadangan pernah dikemukakan pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) yang cuba menyatukan sebahagian parti pembangkang untuk berdepan dengan kerajaan semasa yang dianggotai BN dan Perikatan Nasional (PN).

Anggap Adam setuju

Bagaimanapun bagaimana bentuk dan kaedah mewujudkan ‘khemah besar’ itu masih tidak jelas, selain penerimaannya yang belum disepakati oleh semua parti komponen PH.

Menyanggah hujah Adam Adli, Fahmi berpendapat pesaingnya itu gagal menjawab soalan yang dikemukakan mengenai idea ‘khemah besar’ tersebut.

Secara sinis Fahmi, 30, berkata pendirian Adam Adli, 32, mungkin boleh dijelaskan dengan lebih lanjut semasa sesi berbual di kedai kopi.

Mengaitkan kerajaan negeri dikuasa PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, Fahmi berkata gabungan itu dipertahankan dengan gigih dan tidak memerlukan parti lain seperti yang digambarkan melalui konsep ‘khemah bersar’ berkenaan.

“Adakah Adam memahami perasaan bagaimana kerajaan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang? Susah payah kita mempertahnkan kerajaan yang tidak ada ‘khemah besar.’

“Saya beranggapan Adam ini bersetuju terhadap konsep khemas besar itu yang membernarkan tiga negeri ini bersama (menjalin hubungan) dengan parti-parti lain,” katanya.

Terdahulu kedua-dua calon ketua AMK itu berkongsi mengenai strategi yang dirangka dan akan dilaksanakan mereka jika terpilih mengetuai sayap parti berkenaan selepas ini.

Fahmi berkempen dengan slogan “Ayuh Malaysia” dengan menekankan perlunya menarik sokongan pengundi muda (Undi18) yang kini didaftarkan secara automatik selain strategi yang betul bagi membentuk gelombang yang diperlukan dalam PRU akan datang.

Adam Adli pula berkempen dengan tema “Seangkatan” yang menawaran pembabitan pemimpin muda dalam parti, selain dasar perumahan, pendudukan dan buruh untuk masa depan mereka.

Siri debat itu akan diteruskan pada hari ini dengan menampilkan dua calon untuk jawatan timbalan presiden PKR yang menyaksikan dua nama dikenali ramai.

Kekosongan jawatan nombor dua parti itu sedang cuba diisi Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan bekas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Kemuncak debat berkenaan dijangka berlangsung esok dan mempertemukan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dengan bekas perdana menteri Najib Razak.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");