Berita Hari Ini

Bekas bos SPRM sedia tanding PRU jika dikehendaki

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad, yang dilantik ketika pegawai-pegawai SPRM yang menyiasat skandal 1MDB pada 2016 disingkirkan, tidak menolak untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Dzulkifli mendedahkan kemungkinan kerjaya politik semasa mengagihkan bantuan kepada masyarakat setempat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang sebagai penasihat kehormat Kelab Anak-Anak Pulau Pinang.

“Saya tidak terlibat dengan politik dan bukan ahli mana-mana parti politik tetapi saya tidak menolak kalau sekiranya ada kehendak rakyat Tasek Gelugor yang nak saya bertanding… saya tidak menolak kehendak tersebut.

“Apa pun program yang kita jalankan hari ini kita akan buat (secara) berterusan (sama ada) ada plihan raya atau tidak, kita telah ada peruntukan untuk adakan program ini secara berterusan Insya-Allah,” katanya seperti dipetik Astro Awani.ADS

Tempoh Dzulkifli sebagai ketua SPRM adalah singkat, selepas berkhidmat dari Ogos 2016 hingga Mei 2018.

Semasa memegang jawatan, Dzulkifli dikecam kerana tidak bertindak ke atas skandal 1MDB.

Rakaman audio yang bocor didakwa menggambarkan dia menghubungi perdana menteri ketika itu Najib Razak untuk memaklumkannya bahawa dia terlibat dalam kertas siasatan.

Ketika itu, Dzulkifli sedang berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara.

Selepas Abdul Gani Patail dipecat sebagai peguam negara, penggantinya Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Abdul Gani merupakan individu penting yang terlibat dalam siasatan ke atas penglibatan Najib dalam dakwaan penyelewengan berbilion ringgit dana 1MDB dipecat,

Selepas pilihan raya umum 2018 apabila Najib digulingkan daripada kuasa, Apandi dipecat manakala Dzulkifli meletak jawatan.

Najib kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan jenayah pecah amanah.

Pada Julai 2020, Najib didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada Disember tahun lalu. Najib sedang merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan. -Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");