Berita Hari Ini

Dilantik jadi duta, adakah Tajuddin akan lepas jawatan ahli Parlimen, soal Maria

Seorang ahli Parlimen PKR mempersoalkan sama ada duta besar ke Indonesia yang baharu, Tajuddin Abdul Rahman akan melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen Pasir Salak.

“Saya rasa beliau (Tajuddin) perlu menjelaskan keputusan kepada pengundinya dan negara sama ada akan melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen untuk menggalas tugas itu. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.about:blank

Tambahnya, Tajuddin tidak memandang jauh jika tidak memikirkan pengundinya, terutama berhubung peruntukan yang diterimanya daripada kerajaan.

“Beliau wajib melaksanakan tanggungjawabnya dan mengutamakan keperluan rakyat. Beliau tidak boleh sekadar lepas tangan,” katanya kepada FMT.

Noor Farida Mohd Ariffin daripada kumpulan G25 turut berkongsi sentimen serupa dan tertanya-tanya sama ada kerajaan memikirkan secara mendalam sebelum mencalonkan Tajuddin sebagai duta besar ke Indonesia.

“Apabila dilantik sebagai duta. beliau akan tinggal di luar Malaysia, seterusnya menyebabkan kawasannya tiada ahli Parlimen untuk mewakili kepentingan mereka di Parlimen,” kata Farida, yang juga bekas duta besar ke Belanda.

Beliau memberi contoh Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Jamaluddin Jarjis dan bekas ahli Parlimen Ranau Bernard Dompok yang gagal melaksanakan tugas masing-masing selepas dilantik menjadi duta ke Amerika Syarikat dan Vatican City.

Tajuddin semalam mengesahkan beliau dilantik sebagai duta besar ke Indonesia yang baharu bagi mengisi jawatan yang dibiarkan kosong sejak Zainal Abidin Bakar bersara pada 4 April 2021.

Ahli Parlimen kontroversial itu disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana pada Mei lepas hanya beberapa hari selepas sidang medianya mendapat kecaman susulan pelanggaran dua tren LRT.

Pelantikannya itu mencetuskan kritikan ahli Parlimen pembangkang dan bekas diplomat.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menyifatkannya sebagai “pelantikan kroni” selain mempertikai latar belakang Tajuddin yang melayakkannya untuk jawatan diplomat.

“Lantikan politik seperti ini memang sudah lama wujud, namun mestilah dibuat demi kepentingan negara,” katanya.

Beliau mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob cuba menggunakan pelantikan Tajuddin untuk pengaruh politik.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");