Berita Hari Ini

Hantaran ‘penjualan’ saham TH, Asyraf selesai kes dengan Mujahid di luar mahkamah

Saman fitnah difailkan bekas menteri Mujahid Yusof terhadap Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berhubung “penjualan” saham Tabung Haji (TH) diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Dalam kenyataan, hari ini, Mujahid berkata, penghakiman persetujuan dikemukakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir selepas Asyraf bersetuju memadamkan hantaran di Facebook miliknya, yang dibuat pada 30 Sept 2019.

Mujahid memfailkan saman terhadap Asyraf, pada Nov 2019, berhubung catatan Facebook, ‘Tabung Haji Jual RM 2.6b Ekuiti: YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan’.

Pemimpin Umno itu mendakwa saham TH yang dipegang Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijual ketika Mujahid menjadi menteri bertanggungjawab.

Mujahid berkata, beliau gembira kes itu diselesaikan secara baik. Beliau berharap, pada masa depan tiada lagi pihak yang mengaitkannya berhubung penjualan saham TH.

Mujahid diwakili peguam Noorazmir Zakaria dan Atiqa Azmi, manakala Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Aimi Shazwani Yaakob, mewakili Asyraf.

Dilaporkan, pasukan guaman mewakili Mujahid menghantar surat kepada Asyraf menuntutnya menarik semula kenyataan dibuat itu, namun Asyraf berkata, beliau akan menjawab tuntutan saman itu di mahkamah.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");