Berita Hari Ini

Isu penerbangan ditangguh: Kerajaan perlu kaji syarat pampasan kepada pengguna

Susulan isu membabitkan perkhidmatan syarikat penerbangan yang sering melewatkan masa penerbangan dan menjadualkan semula tiket pelanggan, Ahli Parlimen DAP mencadangkan dua tindakan utama yang perlu dilakukan oleh kerajaan dengan kadar segera.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula semua undang-undang dan peraturan untuk memastikan ia memberi pampasan yang diperlukan kepada pengguna. 

Katanya, kerajaan mungkin perlu meminda undang-undang yang mengawal penangguhan penerbangan supaya ia turut merangkumi istilah seperti ‘penjadualan semula’ dan istilah undang-undang lain yang berkaitan dengan mewajibkan syarikat penerbangan memberikan pampasan kepada penumpang.

“Pada masa ini, mungkin terdapat kelemahan undang-undang. Semakan ringkas di laman web MAVCOM, sangat jelas menyatakan bahawa hanya kelewatan dan pembatalan penerbangan layak mendapat pampasan.

“Selain itu, kita mesti memastikan bahawa ‘perlindungan kelewatan lebih daripada 6 jam’ tidak hanya terpakai kepada mereka yang telah membeli insurans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cadangan kedua, Kelvin Kelvin menggesa MAVCOM dan semua badan kawal selia penerbangan mesti pro-aktif untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang dengan betul terhadap mana-mana syarikat penerbangan jika mereka tidak mematuhinya. 

Katanya, syarikat penerbangan mesti bertanggungjawab terhadap jadual penerbangan yang telah mereka tetapkan dan hanya dibenarkan membuat penjadualan atas hal munasabah atau kelewatan.

“Mereka tidak seharusnya hanya memberi respon apabila terdapat peningkatan aduan dari orang ramai, sebaliknya perlu bersikap proaktif dalam menangani isu tersebut,” katanya lagi.-MalaysiaDateline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");