Berita Hari Ini

Malaysia masih destinasi pelaburan strategik Jepun – PM

Dasar Pandang ke Timur yang dimulakan 40 tahun lalu menjadikan Malaysia antara destinasi pelaburan strategik bagi syarikat  Jepun, sekali gus menjadi penyumbang kemajuan pelbagai sektor di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh Januari hingga Mac tahun 2022, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun meningkat sebanyak 13.3 peratus dengan RM41.75 bilion (AS$9.96 billion) berbanding RM36. 86 (AS$9.07 bilion) dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

Pada tempoh berkenaan, jumlah eksport Malaysia ke Jepun juga meningkat sebanyak 19.6 peratus iaitu RM22.68 bilion (AS5.41 bilion) berbanding RM18.96 (AS$4.66 bilion) dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, Presiden Japan-Malaysia Economic Association (JAMECA), Tsuyoshi Nagano yang juga Pengerusi Tokyo Marine Holdings Inc dan Setiausaha Agung Persatuan Kazuto Sasaki turut menyatakan hasrat untuk membantu menarik lebih ramai pelabur dari Jepun ke Malaysia.

“Ini akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan kembali ekonomi negara,” katanya yang berada di Tokyo bagi menghadiri Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia.

Dalam pertemuan itu, JAMECA turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Seminar Dasar Pandang ke Timur pada 1 Ogos 2022 nanti.

JAMECA ditubuhkan secara rasmi pada 1977 di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mempromosikan keharmonian hubungan ekonomi antara Malaysia dan Jepun.

Ismail Sabri menambah, selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2022, beliau turut menghadiri sesi bersemuka dengan empat syarikat besar di Jepun, antaranya Mitshubishi Power, sebuah syarikat sebuah syarikat yang berpengalaman dalam industri penjanaan kuasa dan penyimpanan tenaga.

Mereka diwakili oleh Hideshi Kawamoto, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, serta Nobuhiro Kawai, Pengurus Pemasaran dan Jualan Antarabangsa.

Syarikat ini mereka bentuk dan membina sistem janakuasa di seluruh dunia, selain terlibat dalam industri gas asli, stim, aero-turbine, geothermal dan PV Solar.

Mitsubishi mempunyai lebih 18,000 orang pekerja di seluruh dunia dan berpengkalan di Yokohama, Jepun.

Mitsubishi Power dan THB Power pada masa ini sedang bersama-sama membangunkan penyelesaian teknologi terkini bagi loji jana kuasa di Gurun, Kedah.

”Malaysia komited dan mengalu-alukan projek berkualiti tinggi dengan elemen kelestarian seiring dengan matlamat negara mengurangkan kesan gas rumah hijau,” kata perdana menteri. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");