Berita Hari Ini

Polisi Larangan hanya arahan biasa – Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan tindakan pihaknya memaparkan semula satu dasar pada 1995 di papan buletin laman webnya yang mengingatkan kakitangannya dihalang daripada membuat kenyataan umum adalah merupakan arahan biasa.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, arahan itu dibuat bukan kerana isu pendedahan beberapa doktor junior dibuli serta dihina oleh senior dan doktor pakar dalam tempoh latihan selama dua tahun.

“Itu arahan biasa. Adalah hanya (pihak) dibenarkan buat kenyataan untuk buat kenyataan.

“Bukan berkaitan dengan kes ini (pendedahan doktor junior dibuli). Yang penting ambil serius semua tuduhan yang telah dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sambutan Majlis Hari Jururawat Antarabangsa di sini hari ini.

Baru-baru ini, satu arahan bertajuk Polisi Larangan di portal laman rasmi KKM mengingatkan bahawa kakitangannya dilarang daripada membuat sebarang kenyataan kepada media secara langsung atau semasa berucap dan memberi syarahan dalam forum.

Mereka juga dilarang menyiarkan pandangan mereka dalam sebarang platform yang boleh memburukkan nama kerajaan.

“Warga KKM dilarang membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada berbentuk lisan, bertulis atau apa-apa cara lain,” katanya dalam buletin di laman web itu, yang biasanya mengandungi empat atau lima perkara yang mempunyai nilai berita atau notis acara yang bakal diadakan.

Ini menyusul pelbagai laporan media yang memetik doktor pelatih dan doktor lain tidak dinamakan yang mendakwa mereka dibuli serta dihina oleh senior dan doktor pakar dalam tempoh latihan selama dua tahun.

Ia susulan kematian seorang doktor pelatih yang terjatuh dari tingkat 23 pangsapuri yang disewanya di Jalan Datuk Keramat, George Town pada 17 April lalu hanya tiga minggu selepas beliau ditempatkan di Hospital Pulau Pinang.-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");