Berita Hari Ini

Tengku Zafrul memang turun padang, bantu parti – Noh Omar

 Tindakan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sanggup turun padang dan membantu rakyat di Selangor sudah cukup membuktikan Menteri Kewangan itu menunjukkan komitmen dan keikhlasannya kepada UMNO di negeri itu.

Perkara itu diakui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mana Tengku Zafrul menunjukkan komitmennya hadir pada setiap program bersama rakyat sejak beberapa minggu lalu.

“Saya tengok dia turun padang, tengok ada tiga program, dia membantu lah (beri komitmen) membantu kita (UMNO Selangor),” katanya kepada pemberita di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menuntut agar Tengku Zafrul memberi komitmen dan menunjukkan keikhlasan membantu UMNO di Selangor sebelum diberi peluang bertanding atas tiket parti itu.

Bagaimanapun, Imran, pemimpin UMNO Bahagian Sungai Besar dan Selangor tiada halangan untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul, namun Menteri Kabinet itu perlu mendapat kepercayaan parti terlebih dahulu.

Sebelum ini, UMNO Bahagian Kuala Selangor mengeluarkan arahan kepada pemimpin parti di kawasan tersebut supaya tidak terlibat dengan program Tengku Zafrul.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp berhubung surat daripada Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang memberi arahan kepada kepimpinan bahagian untuk tidak terlibat dengan program melibatkan Tengku Zafrul. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");