Berita Hari Ini

Tuduhan Tabung Haji jual ekuiti RM2.6 billion jelaslah satu fitnah

Ternyata tuduhan Tabung Haji menjual ekuiti RM2.6 bilion adalah satu fitnah apabila Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk memadam dan menarik balik hantaran di Facebook beliau tentang dakwaan penjualan aset-aset strategik Lembaga Tabung Haji (TH).

“Akhirnya kebenaran tertegak. Dr Asyraf Wajdi tarik balik posting beliau di FB dan meminta maaf kepada Dr Mujahid di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata aktivis Save Kelantan Hishamuddin Ghazali atau Syam Ghaz.

Beliau berkata ramai rakyat Malaysia terpengaruh dan percaya kepada propaganda rasis agama dimanipulasi untuk mendapat kuasa pada tahun 2020 kononya Pakatan Harapan musnahkan Tabung Haji.

“Akhirnya kebenaran berpihak kepada Dr Mujahid dan Pakatan Harapan.

“Tahniah Dato Dr Mujahid Yusuf Rawa, Naib Presiden AMANAH. Sentimen ini dimanipulasi sebaik mungkin waktu Umno-Pas jadi pembangkang untuk menyerang Kerajaan Pakatan Harapan tahun 2019,

“Semua adu domba sebelum ini jelas satu fitnah yang jahat, memanipulasi sentimen agama untuk mendapat kuasa secara pintu belakang.

“Moga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan berita fitnah berkenaan,” katanya.

Di posting Facebooknya Syam Ghaz turut berkongsi video koleksi-koleksi bahan fitnah dari pemimpin Pas dan Umno disebarkan di media sosial.

Justeru katanya, amat malang apabila pemimpin parti mengaku pejuang Melayu dan Islam juga terlibat dengan menyebarkan berita fitnah untuk kembali berkuasa.

“Malah ada yang bagi kenyataan serang Dr Mujahid kini dah jadi Menteri Agama ganti Dr Mujahid dah sekarang. Misi propaganda tercapailah ya? Tapi dengan Allah SWT di akhirat kelak macam mana?” soal beliau.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah merekodkan penghakiman persetujuan selepas bertemu kedua-dua pihak di kamar mahkamah baru-baru ini.

Dakwaan tersebut dibuat Asyraf dalam satu hantaran bertajuk “Tabung Haji jual RM2.6b ekuiti: YB Mujahid harus segera beri penjelasan”, dan telah dimuatnaik pada 30 September 2019.

Berdasarkan persetujuan, Asyraf perlu membuat hantaran bertulis di akaun Facebook miliknya berhubung dengan persetujuan untuk menarik balik kenyataannya sebelum ini.-MalaysiaDateline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");