Berita Hari Ini

‘Alhamdulillah selesai’, penjawat awam lega tak lagi terbeban bayaran pinjaman

Penjawat awam yang terkejut apabila bayaran balik pinjaman peribadinya daripada sebuah bank melonjak lebih RM600 sebulan kini lega selepas bank terbabit menghubunginya lewat petang semalam.

FMT sebelum ini melaporkan penjawat awam itu terpaksa membayar balik pinjaman peribadi sebanyak RM2,072 sebulan berbanding RM1,450 sebulan sebelum ini.

Kenaikan itu disebabkan bank berkenaan melaraskan kadar asas (KA) dan kadar asas pinjaman (KAP) daripada 2.60% kepada 2.85% berkuat kuasa 20 Mei lalu.

Pelarasan itu rata-rata dibuat oleh bank tempatan selepas Bank Negara (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bank.

Penjawat awam itu yang mempunyai lima anak masih bersekolah dan menuntut di universiti, membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 empat tahun lalu dan kini berbaki sekitar dua tahun untuk melunaskannya.

“Alhamdulillah semua dah selesai,” katanya kepada FMT selepas dihubungi wakil bank itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");