Berita Hari Ini

GST mungkin kembali untuk tambah pendapatan negara, kata PM

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) mungkin akan dikembalikan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, langkah itu merupakan satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Ismail menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia, di Tokyo, baru-baru ini, dilaporkan sebagai berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Selain itu, katanya lagi, sistem percukaian tersebut dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya.

Ismail dilaporkan sebagai berkata, beliau sedar tentang persepsi negatif mengenai GST, tetapi kerajaan sudah tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini.

Beliau berkata, dalam usaha mengembalikan GST, kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran tentang sudut positif GST serta sistem pengutipan cukai yang lebih telus.

Katanya lagi, kerajaan juga akan memastikan kadar GST yang akan diperkenalkan semula, tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.

Selain itu, Ismail berkata, kerajaan ketika ini juga sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi dengan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan menengah.

“Sebuah pelan komprehensif akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");