Perak Hari Ini

Kes HFMD di Perak turun 23 peratus

Perak mencatatkan penurunan sebanyak 23 peratus kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu dari 5 hingga 11 Jun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sebanyak 1,711 kes dilaporkan pada ME23 berbanding 2,222 kes yang dicatatkan pada ME sebelumnya.

Beliau berkata, daerah Kinta merekodkan kes paling tinggi iaitu 489 kes; Larut, Matang dan Selama (224 kes), Hilir Perak (217 kes), Manjung (205 kes), Muallim (150 kes), Batang Padang (95 kes), Perak Tengah (87 kes), Kampar (73 kes), Kuala Kangsar (68 kes), Kerian (62 kes) dan Hulu Perak (41 kes).

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada kematian berkaitan HFMD dilaporkan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Akmal berkata, sebanyak 201 taska dan tadika pula ditutup pada ME23 sama ada secara sukarela atau di bawah Akta Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");