Berita Hari Ini

Kumpulan jenayah terancang Geng Chandra didakwa hari ini

Seramai 14 individu termasuk dua wanita dan seorang warga Bangladesh yang menganggotai kumpulan jenayah terancang Geng Chandra didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mereka ialah S. Boharaj, 29; Milon Masud, 30; Mohd. Azlisham Che Azmi, 38; Noor Wadia Aziz, 39, Mohd Fitri Odus, 39; Muhamad Fithri Mohamed Shafe, 41; Marzuki Osman, 42, dan S. Puspakaran, 45.

Turut dituduh bersama ialah CP. Maria Prakit, 48; K. Subramaniam dan Rosman Mohd Ismail, masing-masing berusia 49 tahun; A. Raymond, 51; A. Santeran, 55 dan A. Balasubramaniam, 61.

Kesemua mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan termasuk tujuh daripada mereka dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Sebahagian daripada 13 tertuduh yang didakwa atas kesalahan SOSMA di Mahkamah Sesyen George Town hari ini.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Chandra antara Januari 2016 hingga 12 Mac 2021 di dalam daerah Timur Laut.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Prosiding dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fakhrurazi Ahmad Salim, Saifuddin Rafaie dan Rohaiza Abdul Rahim.

Manakala hanya tujuh daripada 14 tertuduh diwakili peguam.

Mereka ialah Mohd Fitri yang diwakili peguam, Khairul Fairuz Rahman manakala peguam Ahmad Abdullah mewakili tertuduh Santeran, Maria Prakit, Subramaniam, Boharaj, Balasubramaniam dan Raymond.

Salah seorang tertuduh kini sedang menjalani hukuman atas kesalahan senjata api di Penjara Jawi di sini.

Tiada jaminan ditawarkan dan peguam yang mewakili tertuduh merayu agar anak guam mereka dibenarkan ikat jamin namun permohonan itu ditolak mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 5 0gos ini dan hakim mengarahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam segera melantik peguam. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");