Berita Hari Ini

Saya baru tahu ada pemimpin muda DAP mahu Lam Thye bertanding di luar Bukit Bintang, kata Kit Siang

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau baru tahu yang ada pemimpin muda DAP berjumpa dengan bekas ahli Parlimen Bukit Bintang, Lee Lam Thye sebelum pilihan raya umum 1990 untuk memintanya bertanding di kerusi lain dan bukan di Bukit Bintang.

Tetapi, katanya, cadangan ini tidak datang dari pimpinan parti DAP.

Kit Siang menjawab tulisan Lam Thye, yang meninggalkan DAP, 1990 lalu, menerusi bukunya bertajuk ‘Call Lee Lam Thye’.

Sehubungan itu, bekas pemimpin kanan DAP itu amat kecewa apabila Lam Thye kekal dengan penipuannya yang mengatakan beliau telah meminta dia untuk bertanding di kerusi lain, sedang perkara ini tidak benar.

“Satu semakan dengan laman web saya akan menunjukkan kenyataan media seperti berikut:

26.9.90 – “Saya mempunyai keyakinan dan kepercayaan penuh yang perletakan jawatan Lam Thye sebagai Pengerusi DAP WP adalah bukan untuk dia mempertimbangkan untuk menyertai parti politik yang lain”

27.9.90 – “Tan Kok Wai dipanggil untuk memberikan penjelasan mengenai situasi DAP WP”

28.9.90 – “Arahan kepada semua pegawai dan ahli DAP untuk tidak membuat apa-apa komen mengenai perletakan jawatan Lam Thye untuk membolehkan perkara ini reda” di mana saya katakan:

“Saya telah berjumpa dengan Sdr. Lam Thye sebanyak empat kali mengenai perletakan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Wilayan Persekutuan. Saya kekal optimistik yang satu solusi akan dapat dicapai mengenai masalah ini, terutamanya selepas tempoh bertenang selama lima hari.”

Pada 29 September 1990, genap tujuh hari sebelum pembubaran Parlimen, Lam Thye mengumumkan persaraannya dari politik dan pergi ke luar negara dan tidak lagi dapat dihubungi.

Pada 30 September 1990, terdapat dua majlis DAP, pagi di Seremban, dan malam di Batu Pahat.

Dalam majlis di waktu pagi, Lim Kit Siang berkata:

“Setipis mana sekalipun peluangnya, saya tidak akan berputus asa dalam usaha saya untuk memujuk Lam Thye untuk mengubah fikirannya untuk bersara dari politik”

Dan di majlis pada waktu malam pula, beliau berkata: “Persaraan politik Lam Thye adalah satu cabaran besar kepada DAP dan juga perjuangan untuk membawa sistem dua gabungan politik di Malaysia”.

Namun, katanya, perletakan jawatan Lam Thye ini kemudiannya dibayangi oleh peristiwa yang berlaku seminggu kemudian di mana pada 5 Oktober 1990, Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-lapan yang diadakan pada 21 Oktober 1990.

Mengimbas kembali, Kit Siang percaya Lam Thye tahu yang Parlimen akan dibubarkan dalam masa seminggu dan dia ke luar negara supaya tidak lagi dapat dihubungi.

“Saya katakan semalam yang pengumuman persaraan Lam Thye dari politik datang dalam bulan September 1990 yang mencabar, di mana 10,000 orang telah berdemonstrasi mengenai isu tol di Cheras; Tan Kok Wai, Ahli Parlimen DAP untuk Sungai Besi pada masa itu telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Lam Thye meninggalkan mesyuarat DAP Wilayah Persekutuan mengenai isu tol Cheras dan kemudiannya meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan.

“Saya pada masa itu bertindak sebagai orang tengah di antara Lam Thye dan Jawatankuasa DAP WP, kerana ketika itu Lam Thye percaya yang dia telah menjadi sasaran “kempen licik” dalam DAP WP yang melibatkan beberapa pemimpin DAP WP, dan tidak ada sebarang perbincangan untuk tidak meletakkan Lam Thye untuk bertanding di Bukit Bintang.

“Malah, pada satu tahap, saya mempertimbangkan untuk meletakkan Tan Kok Wai untuk bertanding di luar Kuala Lumpur dan bukannya di Cheras,” katanya.

Tambahan lagi, sekiranya benar beliau telah mengatakan kepada Lam Thye yang dia tidak akan dicalonkan lagi di Bukit Bintang, mustahil untuk perkara ini disembunyikan selama 32 tahun – baik di dalam atau di luar DAP, kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.-MalaysiaDateline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");