Berita Hari Ini

Tempahan kenderaan setakat 30 Jun ini masih dapat pengecualian cukai – Tengku Zafrul

Pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun 2022 akan terus menikmati insentif pengecualian cukai jualan.

Malah, tempoh pendaftaran kenderaan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menurut beliau, lanjutan ini susulan terdapat sejumlah permintaan yang masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan kepada rantai bekalan global.

Pada masa yang sama, seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif.

Berikutan permasalahan ini, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah di dalam tempoh pengecualian ini masih belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli.

”Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara,” katanya.

Pengecualian sepenuhnya cukai jalan ke atas kenderaan penumpang pemasangan tempatan dan 50 peratus ke atas kenderaan penumpang import (CBU) bermula  sejak 15 Jun 2020 hingga 30 Jun 2022 bagi mengekal dan meningkatkan momentum permintaan dan jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Setakat ini, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan rakyat telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) merayu kerajaan mempertimbangkan lanjutan tempoh bagi pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan yang dijadualkan berakhir pada 30 Jun ini.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, kekurangan cip semikonduktor di peringkat global masih berterusan menjejaskan keupayaan pengeluaran syarikat kereta sekaligus menyebabkan tempahan juga tertunggak. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");