Berita Hari Ini

‘Zahid kena tunjuk bukti disuruh bubar UMNO’ – Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengemukakan bukti berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri itu meminta UMNO dibubarkan.

Beliau berkata, Zahid sering mengeluarkan berbagai dakwaan, tetapi tidak dapat memberikan sebarang bukti bagi mengukuhkan sebarang dakwaan yang dibuatnya.

“Apa bukti dia (Zahid) yang kata saya macam itu (meminta membubarkan UMNO)?

“Dia boleh cerita macam-macam, benda kita cakap kena tunjuk bukti, sepatutnya kita bercakap macam itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama pengusaha feri Langkawi di sini, malam tadi.

Selasa lalu, Zahid ketika prosiding bela diri di Mahkamah Tinggi mengeluarkan kenyataan mendakwa Dr Mahathir memintanya membubarkan UMNO kerana mendapati parti itu tiada masa depan dan tidak lagi boleh dipercayai.

Zahid berkata, pertemuannya bersama Dr Mahathir itu dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan bekas Perdana Menteri itu turut meminta semua ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");