Berita Hari Ini

Zuraida hadir mesyuarat Kabinet pagi ini

 Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan berada di Perdana Putra, Putrjaya dekat sini  bagi menghadiri mesyuarat Kabinet hari

Menurut sumber, Ahli Parlimen Ampang itu memasuki bangunan pentadbiran kerajaan pukul 9.40 pagi.

“Ya, Datuk Zuraida attend meeting (hadir mesyuarat) Kabinet pagi ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mesyuarat Kabinet mingguan itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam, Zuraida menjelaskan dirinya bersedia melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi jika diarah berbuat demikian oleh Ismail Sabri.

“Kalau beliau minta saya lepaskan, saya lepaskanlah,” katanya dalam sidang media di ibu negara semalam.

Untuk rekod, Zuraida mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi pada 26 Mei lalu.

Turut dilepaskan Zuraida adalah jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau turut mengumumkan menyertai parti baru Parti Bangsa Malaysia (PBM). – MalasyiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");