Berita Hari Ini

40 kakitangan KSM, Perkeso dibawa untuk soal siasat SPRM – sumber

Seramai 40 kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KSM)dan Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dikatakan telah dibawa keluar dari pejabat untuk disoal siasat dalam serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, pagi tadi.

Dipercayai sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan yang digelar Ops Hire, sumber mengatakan bahawa tidak jelas berapa ramai yang akan ditahan tetapi kakitangan dari dua pejabat itu telah dibawa keluar dari bangunan.

Dilaporkan pada 15 Julai lalu, SPRM menahan reman 37 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerjaan (PenjanaKerjaya) berjumlah RM100 juta.

Siasatan dijalankan dengan kerjasama Perkeso dan suspek terdiri daripada pemilik syarikat, pengarah, pengurus, pemegang saham, jurutera dan eksekutif.

Semalam, Timbalan Presiden MIC M Saravanan tidak menolak kemungkinan beberapa individu daripada MIC terlibat dalam skandal itu.

Dia dipetik The Star semalam berkata bahawa walaupun dia tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu, namun dia tidak dapat menafikan beberapa ahli parti kemungkinan terlibat.

Menurut laporan itu, Saravanan mendakwa bahawa penglibatan individu berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan parti itu sambil menambah bahawa dia tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kegiatan jenayah.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung dakwaan bahawa beberapa pemimpin MIC telah ditahan minggu lepas oleh SPRM berhubung skandal itu.

Sejak Ops Hire bermula 13 Julai lalu, sejumlah individu direman di Putrajaya, Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Menurut sumber setakat ini, 67 syarikat telah disiasat dan 36 akaun dengan nilai keseluruhan lebih RM7 juta telah dibekukan.

Seorang ketua kerani yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan, antara yang ditahan di pejabat SPRM Johor.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");