Panasnya Hari Ini

“Ada 500 kotak tak habis”- Ejen merungut inai Neelofa tak habis terjual, serik tak balik modal

Sebelum ini banyak dibincangkan di media sosial tentang strategi pemasaran pengasas produk di luar sana, di mana kebanyakan ‘pembeli’ untuk produk mereka sebenarnya ejen itu sendiri.

Ejen itulah yang kebanyakan pula akan menanggung segala risiko termasuk kerugian jika produk tak laku.

Mungkin isu ini agak terpencil dan ramai yang tidak tahu, tetapi baru-baru ini terdengar banyak rungutan dari beberapa ejen innai Nunha yang dikatakan inai tidak laku dan produk tidak habis terjual.

Menerusi satu tangkap layar yang tersebar di beberapa Group Facebook, beberapa ejen mendakwa mereka masih belum dapat balik modal kerana mempunyai sekitar 300 hingga 500 kotak inai di tangan yang tidak terjual.

Bahkan ada yang sampai sanggup menurunkan harga produk tersebut semata-mata mahu menghabiskan jualan mereka.

“Kesian B40 asyik kena cari katil je simpan stok. Founder T20 dah berkira-kira nak bercuti luar negara,” tulis seorang pengguna Facebook, Mazlan Wahab yang berkongsikan tangkap layar tersebut di Group B40 Buat Perangai Apa Harini

Perkara tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang buat kesekian kali menegur agar orang ramai tidak begitu tamak apabila ingin menjadi ejen sesuatu produk.

Mereka meluahkan rasa kasihan dan juga berang kerana kebanyakan ejen atau stokis produk selalunya suri rumah yang cuba memperoleh pendapatan sampingan.

“MLM alaf baru. Tak kiralah produk mesra wuduk atau mesra muslim. Asal nama founder, dia je yang kaya. Yang B40 dekat bawah sebagai ejen ni tetaplah selamanya bodoh dan diperbodohkan. Lain kali tak payah lah jadi ejen apa pun. Semuanya menipu saja. Dia ja yang kaya,” komen pula pengguna Facebook yang lain,

Bagaimanapun ada yang beranggapan sebenarnya pemasaran Neelofa itu sendiri sudah cukup kuat tetapi disebabkan ejen-ejen tiada ilmu pemasaran, mereka tidak berusaha untuk menguar-uarkan bahawa mereka menjual inai tersebut.

“Sebab tu konsepnya buang pemikiran benda viral, atau founder popular mudah anda nak jual produk tu. Tidak ye. Anda jual produk famous ke produk tak famous ke tetap ada pro and cons. Bila ramai menjual terlalu banyak persaingan, saiz pelanggan anda dah makin mengecil.

“Konsepnya teruskan berusaha setiap hari cari pelanggan baru, tak ada benda yang mudah. Di zaman ekonomi mencabar ni kena la belajar membina audience sendiri di media sosial sebab persaingan dah makin sengit jadi pelanggan selalunya akan pilih untuk membeli dari orang yang dipercayai.

“Jangan bila benda viral laju kita nak join. Tak boleh jual semua salahkan leader, founder, HQ,” komen pengguna lain pula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");