Panasnya Hari Ini

Anwar bukan liabiliti, tegas Saifuddin

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah beban atau liabiliti dalam parti, sebaliknya menegaskan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu merupakan pemimpin terbaik dalam mengemudi parti dan Pakatan Harapan menuju pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bercakap ketika merasmikan pentas Kongres Pemuda, Saifuddin berkata, Anwar bukan sahaja dikritik parti luar, malah turut berdepan kecaman dari dalam PKR sendiri.

“Sehinggakan pada tahap bukan sahaja (beliau boleh) ditegur, dikritik dan dihentam terbuka oleh lawan, parti-parti sahabat bahkan hari ini pun kritikan terbuka terhadap sosok beliau kencang datangnya dari dalam parti dan oleh pimpinan sendiri.

“Malahan sudah ada ungkapan bahawa presiden PKR adalah beban atau liabiliti terhadap partinya sendiri,” katanya.

Anwar mengekalkan jawatan presidennya bagi sesi 2022-2024 selepas jawatan tersebut tidak dicabar mana-mana pihak.

Beliau juga menang jawatan presiden tanpa bertanding pada 2018 selepas dibebaskan dari penjara, apabila mengambil alih jawatan itu dari timbalan perdana menteri, yang juga isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");