Berita Hari Ini

Pastikan Pakatan Harapan tidak kembali ke Putrajaya!

Jentera Pilihan Raya PAS perlu berada dalam keadaan siap siaga dan menganggap Parlimen akan dibubarkan pada bila-bila masa sahaja walaupun penggal ini masih berbaki setahun lagi.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Dato’ Ustaz Ahmad Yahya berkata, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan-kawasan yang diadakan seluruh Malaysia waktu ini wajar dijadikan medan mengukuhkan ukhuwah.

“Juga mencetuskan semangat juang para amilin PAS dan mengatur strategi menghadapi PRU15. Pengalaman 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) wajar menjadi ingatan di mana umat Islam berasa resah gelisah dengan corak pentadbiran mereka. 

“Kita mesti memastikan mereka tidak sama sekali kembali ke Putrajaya sebagai kerajaan,” ujar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaian ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit Gantang Ke-55 di Pusat Tarbiah PAS Kawasan, Kampung Bukit Chempedak, dekat sini kelmarin. 

Turut hadir, Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria dan Yang Dipertua (YDP) PAS Bukit Gantang, Rahim Ismail serta Timbalan YDP PAS Bukit Gantang, Zulkefly Ahmed dan Naib YDP PAS Bukit Gantang, Muhammad Faisal Abdul Rahman.

Tambahnya, tiga sasaran utama yang perlu menjadi fokus iaitu memenangi dua pertiga kerusi di Parlimen, menguasai kembali negeri-negeri yang diperintah oleh PAS dan memastikan PH tidak kembali berkuasa.

“Tahniah kepada PAS Bukit Gantang yang telah bekerja keras sepanjang masa terutama aktif menjayakan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. 

“Walaupun tidak memenangi Parlimen Bukit Gantang pada penggal ini, namun gerakerja kebajikan tetap dilaksanakan dengan perbelanjaan yang besar.

“Di saat kita bersungguh-sungguh mendekati masyarakat dengan pelbagai program, jangan dilupa sumbangan aktivis-aktivis parti yang bekerja keras tanpa mengharapkan balasan, malah mereka menyembunyikan kesusahan hidup mereka.

“Kepimpinan PAS wajar bertanya khabar dan menyelami kehidupan para aktivis kita agar tiada yang tercicir dan menanggung kesusahan hidup bersendirian,” ujarnya.  

Pada majlis tersebut, Ahmad telah melancarkan Jentera PRU15 PAS Bukit Gantang serta penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang kepada aktivis-aktivis PAS yang telah kembali ke rahmatullah.

Turut menerima penghargaan adalah Pengurus SkimPAS Kawasan, Zamri Mohamad Yusof yang berjaya mencapai keahlian kedua tertinggi di Malaysia. 

PAS Cawangan Sungai Petai Seberang pula dinobatkan sebagai Cawangan Tertinggi Keahlian Baru manakala Jabatan Amal Bukit Gantang menerima anugerah khas di atas usaha gigih menjayakan program derma darah dwibulanan dan aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. – HARAKAHDAILY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");