Berita Hari Ini

Pekerja asing sumbang berbilion levi dan cukai, kata aktivis

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dikritik kerana mendakwa pekerja asing menikmati subsidi makanan untuk rakyat Malaysia.

Irene Xavier dari Persatuan Sahabat Wanita Selangor berkata, pekerja asing tidak tinggal secara percuma di Malaysia.

“Tidak adil Ismail membuat kenyataan sedemikian kerana levi dibayar kepada Jabatan Imigresen untuk pendatang asing bekerja di Malaysia.”

Menurut anggaran hasil 2022, kutipan levi daripada pekerja asing dianggarkan kira-kira RM1.7 bilion tahun ini.

“Apa yang perdana menteri katakan tidak berasas. Beliau perlu beritahu kami ke mana semua levi itu pergi? Siapa yang telah mendapat manfaat daripadanya? Saya pasti ia bukan pendatang asing,” katanya.

Sabtu lalu, Ismail dilaporkan berkata, pekerja asing dari Bangladesh dan pelarian Rohingya mendapat manfaat daripada subsidi makanan yang ditanggung pembayar cukai Malaysia.

Xavier berkata, Ismail lupa komuniti pendatang asing telah membantu mengekalkan ekonomi Malaysia dengan melakukan kerja yang tidak dilakukan rakyat, dengan gaji lebih rendah dalam keadaan teruk.

Adrian Pereira dari Inisiatif Utara-Selatan berkata, pekerja asing, dalam erti kata lain, memberi subsidi kepada rakyat Malaysia melalui pembayaran cukai jualan, kos pengambilan pekerja asing, sewa dan bil utiliti.

Aktivis hak asasi migran bebas, Andy Hall berkata, komen Ismail sama seperti “politik longkang” kerana pekerja asing banyak menyumbang kepada negara, dengan produktiviti tinggi mereka yang sering dikaitkan dengan eksploitasi buruh.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");