Panasnya Hari Ini

UMNO menyifatkan masa yang diambil RoS untuk kebaikan parti – Ahmad

 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memerlukan masa lagi untuk membuat keputusan mengenai permohonan UMNO meminda perlembagaan yang antara lain untuk menangguhkan pemilihan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya bersikap positif dan menyifatkan masa yang diambil itu adalah untuk kebaikan parti.

“Saya suka berfikiran terbuka dan postif bahawa RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan UMNO yang tidak melibatkan banyak fasal tetapi hanyalah dua perkara.

“Kita harap ia akan diluluskan,” katanya menerusi program SKOP MG malam tadi.

Dengan tajuk UMNO, Apa Cerita RoS?, Ahmad berkata, kelewatan itu mungkin disebabkan beberapa maklumat tambahan yang diminta oleh jabatan tersebut selepas menghantar surat pertama pada 16 Mei lalu.

“Antara maklumat yang diinginkan oleh RoS adalah minit mesyuarat luar biasa (EGM) 15 Mei 2022, yuran yang dikenakan, pindaan beserta perlembagaan parti dan senarai kehadiran perwakilan seramai 2,575 daripada jumlah keseluruhan 2,666.

“Semua ini sudah diberikan bersama-sama senarai nama dan maklumat lengkap yang diperlukan,” katanya.

Namun menurut Ahmad, selepas daripada itu, RoS ada meminta lagi maklumat tambahan iaitu notis berkaitan EGM yang mana Presiden UMNO, (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) memaklumkan mengenai perkara itu kepada parti.

“Beliau menyatakan perkara itu menerusi mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Selain itu, RoS juga memohon justifikasi terhadap perlembagaan parti.

“Semua ini sudah kami penuhi. Ini bermakan ada tujuh maklumat tambahan kami sudah berikan kepada RoS.

“Kalau nak dikira pada tarikh akhir, ini bermakna ada seminggu lagi untuk tempoh dua bulan. Jadi, biarlah RoS membuat keputusan dalam masa seminggu dua ini lagi,” ujarnya.

Jelas Ahmad lagi, tidak ada masalah untuk RoS meluluskannya kerana perkara sama sudah dilakukan oleh MCA sebelum ini.

“UMNO mengikut apa yang dilakukan MCA sebelum ini. Semuanya sama, jadi jika MCA boleh, tidak mustahil dan tidak ada masalah untuk UMNO juga mendapat kelulusan ini.

“Apa-apa pun, saya positif terhadap perkara ini,” tegasnya.

UMNO membuat pindaan terhadap perlembagaan parti itu bagi menangguhkan pemilihan parti untuk tempoh 18 bulan atau enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");