Berita Hari Ini

UMNO sedia laksana Pelan B jika RoS tolak permohonan, kata Mat Maslan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak permohonan pindaan perlembagaan yang dikemukakan UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak menolak parti itu terpaksa mengambil langkah tindak balas selepas ini.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata mereka bersedia untuk menjalankan perancangan lain sekiranya tidak mahu mengikut arahan RoS supaya menjalankan pemilihan parti, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung Pelan B tersebut.

“UMNO ada Pelan B, namun jika tak mahu Pelan B, maka kita akan buat pemilihan parti sebelum 29 Disember ini.

“Bagaimanapun, kita laksanakan Pelan B jika ROS tak lulus permohonan pindaan perlembagaan berbanding membuat pemilihan,” katanya dipetik laporan media.

Ahmad atau dikenali Mat Maslan itu berkata UMNO sebenarnya tidak mempunyai pilihan jika RoS tidak mahu memberikan kelulusan kepada mereka tetapi jika keadaan memaksa Pelan B tersebut akan dilaksanakan.

“UMNO sebenarnya tak mahu buat Pelan B tu. Kita harap ROS luluskan permohonan kerana tak ada sebab ia tidak dilulus kerana ia sama dengan apa yang dilakukan MCA sebelum ini,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu turut yakin permohonan kepada ROS akan diluluskan kerana UMNO melaksanakan pindaan perlembagaan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.

Selain itu, pihaknya tidak menjangkakan masalah mendapat kelulusan ROS memandangkan agensi itu pernah meluluskan permohonan sama oleh MCA.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.

Jika dihitung, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.

Tinggal beberapa hari menjelang tarikh akhir 16 Julai untuk RoS memuktamadkan keputusannya terhadap permohonan dibuat UMNO sebelum ini.

Perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung Khas 15 Mei lalu sebulat suara meluluskan beberapa resolusi untuk membuat pindaan perlembagaannya, termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas pilihan raya umum (PRU).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");