Membawang Hari Ini

Nia Ramadhani kembali berlakon?

Aktres jelita, Nia Ramadhani kini semakin jarang muncul di layar televisyen Indonesia.

Bahkan, Nia mengaku anaknya, Mikhayla Zalindra Bakrie kini lebih terkenal berbanding dirinya di laman sosial, Twitter.

“Di Twitter, anak saya lebih popular. Ramai yang ingin mengetahui perkembangan dia di Twitter,” katanya.

Sebelum ini, Nia pernah memutuskan untuk tidak lagi aktif dalam dunia hiburan demi menguruskan anak dan suaminya.

“Mungkin sukar untuk saya kembali ke dunia lakonan kerana masa itu hanya untuk keluarga. Namun, jika anak sudah besar nanti, mungkin saya akan kembali,” katanya yang berkahwin pada April 2010 lalu.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");