Sukan Hari Ini

Kontrak baru untuk Rooney

KELAB Manchester United dilaporkan sedia menawarkan kontrak baru kepada penyerang sensasinya, Wayne Rooney.

Langkah itu bagi mengelak penghijrahan Rooney ke pasukan lain selepas beliau pernah mengeluarkan kenyataan ingin keluar daripada Old Trafford.

Sumber menyatakan, dalam kontrak semasa, Rooney menerima bayaran RM1.48 juta seminggu berserta tambahan insentif lain.

Begitu pun, United tidak bercadang menaikkan gaji pokok tetapi akan memberi ruang kepadanya beraksi sekerap mungkin pada setiap perlawanan.

Pemain antarabangsa England itu juga baru sahaja menimang anak kedua, Klay beberapa bulan lalu dan mempertimbangkan untuk kekal bersama Manchester.

Sementara itu, laporan Guardian berkata, andai rundingan kontrak itu menemui jalan buntu, kemungkinan besar Rooney bakal dijual dengan harga RM172 juta.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");