Perak Hari Ini

Program NGO Perlu Menepati Keperluan Kumpulan Sasaran

Kerajaan negeri sedang mengenalpasti semua badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan setiap program yang bakal dilaksanakan kelak bersesuaian serta memenuhi keperluan kumpulan sasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO) negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, sebelum ini, pendekatan yang digunapakai dalam memberi latihan kepada kumpulan sasar agak kurang tepat.

Samsudin yang juga Adun Ayer Kuning, berkata pihak NGO merupakan kuasa ketiga yang berupaya membangunkan sesebuh negeri dan negara.

“Kerajaan negeri mahu mengupayakan semua NGO di Perak mengikut perjuangan masing-masing kerana selama ini, pendekatan dan latihan yang disediakan kepada kumpulan ini agak kurang dapat.

“Data perlu dikumpul agar program yang hendak dilaksanakan pihak NGO ini menepati kumpulan sasaran mereka,” katanya lagi.

Selain ekonomi, bidang lain yang boleh diperjuangkan NGO ialah pendidikan, tambahnya lagi.

Samsudin berkata, sebagai contoh, program latihan perniagaan kepada usahawan tempatan yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) dengan kerjasama Microsoft seharusnya diperluaskan ke setiap daerah di negeri itu.

Katanya, melalui program itu juga, usahawan dapat mempelajari sistem atau kaedah terbaik untuk menguruskan perniagaan mereka.

“Saya percaya ramai lagi usahawan di luar sana yang berminat untuk mengikuti program seumpama ini dan adalah diharapkan ia dapat diperluaskan ke peringkat daerah selepas ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");