Berita Hari Ini

Raja Nazrin: Sokong usaha tingkat jenama Malaysia

Raja Nazrin

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu menyokong usaha-usaha dilakukan pada masa ini untuk mengukuhkan jenama Malaysia di dalam dan luar negara, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Reputasi dan jenama Malaysia perlu sentiasa digilap dan ditingkatkan pada setiap masa, titah baginda dalam ucaptama di Forum Jenama Malaysia 2013 di sini hari ini.

Raja Nazrin bertitah sesuatu jenama itu mesti dibina di atas asas yang kukuh dan kuat dan sekiranya ia tidak mempunyai kandungan yang mantap, maka, pakej yang terbaik pun tidak akan membawa apa-apa makna.

Baginda bertitah jenama adalah sebaik produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta disokong dan dikukuhkan oleh ekosistem pertubuhan dan pengurusan.

“Walaupun kita nampak selesa, tetapi pada hakikatnya, kita berhadapan dengan cabaran dan sekali gus ia menjelaskan mengapa kerajaan memperuntukkan lebih perhatian dan sumber kepada jenama negara kerana usaha ini bukanlah perkara kecil dan manfaat diperoleh adalah besar.

“Usaha ini mestilah diberi perhatian serius oleh semua. Hasil daripada penjenamaan negara yang kukuh ini menjangkau setiap sudut kehidupan awam negara dan antarabangsa dan bukan hanya untuk generasi sekarang tetapi juga untuk masa depan,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah untuk mendapatkan identiti jenama yang kukuh, mesti ada ketulenan dan untuk integriti jenama pula, usaha pengukuhan jenama negara mesti melibatkan elemen penting kreativiti, disokong oleh keobjektifan profesional.

“Ini akan membolehkan pewujudan satu jenama menambat perhatian, yang mampu berkembang mengikut masa,” titah baginda.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");