Membawang Hari Ini

AirAsia Bawa Eddy Silitonga Untuk Jamal Abdillah

Eddy 2

PETALING JAYA: Dalam usaha Datuk Jamal Abdillah untuk melakukan kolaborasi bersama penyanyi dari Indonesia, Eddy Silitonga syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah menaja penerbangan penyanyi itu.

Eddy tiba dari Jakarta melalui penerbangan AK381 di lapangan terbang KLIA 2 pukul 11.35 pagi Rabu yang disambut oleh petugas syarikat penerbangan berkenaan.

Beliau bersama Jamal akan beraksi dalam sebuah konsert sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 57 di istana Budaya di sini bermula 28 Ogos (malam esok) sehingga 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam.

Dalam pada itu Ketua Bahagian Komunikasi AirAsia, Aziz Laikar dalam kenyataannya kepada mStar Online berkata, pihaknya sangat berbesar hati menjadi penerbangan rasmi menaja konsert berkenaan apatah lagi ia sempena sambutan hari kemerdekaan.

“Jamal merupakan salah seorang legenda industri muzik Malaysia dan kami bangga dapat memenuhi impian beliau untuk berduet bersama idola beliau iaitu Eddy Silitonga.

“Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia dan juga Indonesia, adalah impian kami untuk menjadi penghubung bagi dua industri muzik melalui kekerapan penerbangan dari pelbagai destinasi.

“Gabungan Datuk Jamal dan Eddy merupakan satu sejarah yang kami pasti akan menjanjikan satu persembahan yang amat menarik,” katanya.

Tiket bagi menyaksikan persembahan ini dijual serendah RM58 sehingga RM458 yang boleh dibeli menerusi http://www.ticket2u.biz

-mSTar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");