Perak Hari Ini

Khidmat Jalur Lebar Yang Pertama Di Perak Untuk Pemilik Kediaman

IPOH : Kerjasama antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan pemaju hartanah Emeral Capital (Ipoh) Sdn Bhd (EC), dalam menyediakan perkhimatan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, kepada pemilik kediaman adalah yang pertama di Negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, langkah ini adalah satu usahasama yang menepati gagasan Negeri Perak.

“Pada masa ini, kemudahan perkhidmatan jalur lebar amatlah penting bukan hanya di kawasan Bandar, malahan di luar Bandar,” katanya.

Menurutnya, dengan menyediakan perkhidmatan ini kepada penghuni yang bakal menduduki sesebuah kawasan kediaman, ia memberikan nilai tambah kepada produk dan berupaya menarik pembeli.

“Pembeli rumah tidak perlu lagi berurusan dengan pembekal telekomunikasi, kerana ia sudah tersedia dan mereka hanya perlu mengaktifkan perkhidmatan berkenaan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perkhidmatan rangkaian jalur lebar antara TM dan EC untuk projek pembangunan D’Festivo Residences, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar TM Negeri Perak, Badrul Hisham Bahari dan Pengarah Pembangunan EC, Yau Kean Leong.

Menerusi perjanjian itu, ia membolehkan pemilik hartanah dan penduduk di 240 unit kondominium D’ Festivo Residences serta Sembilan unit perniagaan menikmati tiga serangkai UniFi yang terdiri dalam rangkaian jalur lebar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");