Panasnya Hari Ini

Halang Perdana Menteri Dari Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dihalang daripada keluar Negara kerana dituduh terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dihalang daripada meninggalkan Negara kerana terlibat dalam pendedahan skandal 1MDB.

Katanya lagi, Perdana Menteri juga perlu disenaraihitamkan dan disekat daripada ke luar Negara kerana menjadi individu yang dituduh dalam skandal tersebut.

“Adakah Najib juga dalam senaraihitam? Najib orang yang berada pada kedudukan yang tertuduh.

“Najib juga perlu disenaraihitamkan dan dihalang dari ke luar Negara,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut mempersoalkan sama ada individu lain yang terlibat dengan skandal 1MDB juga turut dihalang dari ke luar Negara.

“Kita mahu maklumat yang sewajarnya berkenaan perkara ini,”tegasnya.

Kit Siang turut berkata, ini merupakan kali pertama yang berlaku di Negara ini di mana Ahli Parlimen dihalang ke luar Negara.

“Negara mahu tahu sebab kenapa dua orang Ahli Parlimen, iaitu Tony Pua dan Rafizi Ramli dihalang ke luar Negara,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");