Sukan Hari Ini

Letak jawatan andai pemain hilang kepercayaan

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho menegaskan dia hanya akan meletakkan jawatan sekiranya pemainnya tidak lagi percaya kemampuan menyelamatkan kempen The Blues, musim ini.

“Pergi terus kepada pemain. Jika mereka beritahu kamu mereka tidak percayai saya, ia satu-satunya perkara membolehkan saya letak jawatan.

“Jangan tanya sumber yang tidak betul, pemain beritahu rakan, rakan beritahu ejen dan ejen tidak gembira kerana saya tidak menurunkan pemain mereka,” katanya.

Kekalahan 1-3 kepada Southampton di Stadium Stamford Bridge, Ahad lalu menyebabkan juara penyandang juara itu berada dalam kedudukan menghampiri zon penyingkiran.

Ini sekali gus membawa kepada desas-desus bahawa pemilik Chelsea, Roman Abramovich akan mengambil pengurus baharu Blues yang ketika ini menghuni kedudukan ke-16 liga.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");