Panasnya Hari Ini

Keluar UMNO, Elak Bersubahat Dengan Pemimpin Korup

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyeru agar semua ahli UMNO yang mempunyai prinsip agar keluar daripada parti tersebut supaya tidak turut bersubahat dengan pemimpin yang korup.

Katanya lagi, ini kerana UMNO pada masa kini dilihat sudah rosak dan sedang diuruskan oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai minda yang lemah.

“Setiap ahli UMNO yang mempunyai prinsip untuk tidak bersubahat dengan kemungkaran pemimpin korup masakini, secara jujur dan ikhlas saya ingin sarankan untuk semua keluar dari parti ini buat masa kini.

“UMNO sudah lingkup! UMNO sudah rosak! Kalangan kaki bodek minda lemah otak udang sedang mengurus tadbir seolah-olah parti UMNO milik mereka,”katanya menerusi catatan terbaru di Facebooknya.

Tegasnya lagi, UMNO pada masa kini tidak mempunyai perlembagaan kerana pentadbiran parti tersebut hanya mengikut cara serta citarasa pemimpin-pemimpin ‘bangang’ sahaja.

“Inilah masanya untuk kita ajar pemimpin-pemimpin bangang yang dok syok sendiri untuk mereka mengetahui langit itu tinggi atau rendah.

“Saat dan ketika sudah sampai untuk kuasa rakyat ganyang puak-puak haprak ini semua!”tegasnya.

Jelas beliau lagi, hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menjamin agar semuanya berubah.

Katanya, selagi rakyat takut untuk bertindak, selagi itulah rakyat akan dibelenggu oleh pelbagai kemungkaran yang bakal meranapkan bangsa agama dan tanahair.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");