Sukan Hari Ini

Kecewa pemain import sekadar panaskan bangku simpanan

KUALA TERENGGANU – Khidmat pemain import keempat pasukan bola sepak Terengganu, Juan Jose Morales sepatutnya digunakan untuk membantu skuad itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Namun Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat jelas kecewa dan hairan apabila pemain berusia 34 tahun dari Argentina itu sekadar memanaskan bangku simpanan, bukannya dalam kesebelasan utama pasukan.

“Kita ambil pemain import ini bagi menbantu menguatkan pasukan…tapi jika sekadar untuk berada di bangku simpanan, untuk apa kita ambilnya.

“Khidmat, kepakaran, kebolehan yang ada pada pemain perlu ditonjolkan untuk membantu pasukan, bukan sekadar menjadi ayam tambatan di bangku simpanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri mengeluarkan belanja yang tinggi dan memberi kepercayaan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi memilih pemain import dan sebagainya.

“Bukan sedikit kita belanjakan untuk mengambil pemain import tapi kalau fungsinya tidak dapat digunakan, lebih baik tidak perlu ambil,” katanya.

Selain Morales, tiga pemain import lain dalam pasukan itu ialah Vincent Bikana, Issey Nakajima dan Gustavo Lopez.

Menurut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia, setiap pasukan boleh mengambil maksimum 4 pemain import termasuk satu pemain dari Asia.

Bagaimanapun, setiap pasukan hanya boleh menurunkan tiga pemain import pada satu-satu masa manakala seorang lagi boleh diletakkan sebagai pemain simpanan.

Selepas tujuh perlawanan Liga Super setakat ini, Terengganu berada di kedudukan kelapan di belakang Kelantan dan Terengganu FC II, walaupun masing-masing mengutip sembilan mata. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");