Sukan Hari Ini

‘Beri mereka pendedahan’

Kuala Lumpu: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan jurulatih dilihat mampu untuk mengembalikan kegemilangan atlet pecut negara bangkit dan muncul semula sebagai kuasa Asia Tenggara mahupun Asia.

Pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter Watson Nyambek berkata, untuk menghasilkan ramai atlet pecut banyak perkara perlu diambil kira dan melihat dari pelbagai sudut seandainya ingin menangani kemarau pingat di Sukan SEA.

Katanya, untuk menghasilkan seorang atlet berbakat, jurulatih khasnya memainkan peranan penting dan KOM perlu mencari mereka yang berwibawa untuk membimbing atlet itu.

“Memang saya rasa ketandusan atlet dalam acara pecut akan wujud. Saya mengambil masa 29 tahun untuk memecahkan rekod Tan Sri Dr M Jegathesan dan 17 tahun kemudian baru timbul seorang lagi atlet.

“Di mana silapnya? Mungkin ia berpunca daripada pengurusan itu sendiri.

“Atlet negara perlu diberi pendedahan yang sewajarnya untuk memastikan negara mampu melahirkan lebih ramai pelari berbakat dan tidak hanya mengharapkan seorang atlet,” katanya.

Mengambil contoh Badrul Hisyam Abdul Manap, pelari muda dari Melaka yang pernah melakar masa 10.29 saat, Watson berkata, atlet sebegitu perlu diberi peluang lebih untuk ke luar negara supaya dia dapat mendalami ilmu daripada pakar.

Melihat kejayaan Badrul, Watson yakin atlet itu mampu lebih menyerlah kerana dia memiliki bakat namun perlu diberi masa.

Katanya, bakat yang dimiliki seharusnya dikembangkan dengan memberi peluang bersaing dengan atlet bertaraf dunia seandainya negara mahu memiliki atlet pecut yang mampu memberi saingan hingga ke tahap Olimpik.

“Atlet pecut seharusnya diberi banyak peluang sebagai pendedahan dan mereka perlu ke luar negara kerana jika terus berada di Malaysia susah berikutan saingan yang diterima tidak banyak bezanya.

“Saya yakin Badrul mampu membuat catatan masa lebih baik daripada 10.29 saat jadi dia seharusnya diberi peluang untuk mendapat pendedahan di luar negara supaya dia dapat mendalami ilmu dengan mereka yang lebih pakar,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");