Sukan Hari Ini

Sunderland kekal status kelab EPL

SUNDERLAND mengesahkan status elit mereka apabila berjaya kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas menundukkan Everton 3-0 awal pagi semalam.

Dua jaringan pertahanan tengah Sunderland, Lamine Kone dan sepakan percuma Patrick van Aanholt memastikan skuad Sam Allardyce itu melebarkan jurang kepada empat mata daripada zon bahaya dengan berbaki satu perlawanan.

“Sikap pemain sendiri yang memastikan kami mampu menyerap tekanan dan menampilkan persembahan sebegitu.

“Ia sangat luar biasa. Kepada semua pemain dan kakitangan, terima kasih atas komitmen semua.

“Ia musim keempat Sunderland meloloskan diri daripada penyingkiran sekali gus menjamin tempat kelab itu dalam liga utama buat musim ke-10 berturut-turut, ” kata Allardyce.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");