Sukan Hari Ini

SportExcel terima suntikan dana RM400,000

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta lebih banyak syarikat swasta tampil menghulurkan dana dan menyokong visi SportExcel dalam pembangunan bakat muda sukan di negara ini.

Beliau berkata, pelaburan mereka tidak akan silap kerana SportExcel telah jelas membantu merangsang impian ribuan bakat muda negara yang bercita-cita menjadi juara dunia atau jaguh Olimpik.

Menurutnya, ini telah terbukti dengan fakta bahawa ratu skuasy dunia, Datuk Nicol David dan juara boling dunia, Esther Cheah adalah antara tokoh sukan yang lahir daripada sirkit SportExcel.

“Kejayaan ini menekankan betapa pentingnya kita melabur dalam pembangunan bakat sebagai matlamat mencapai kecemerlangan dalam jangka masa panjang.

“Sering kali kita menuntut kejayaan segera dan ini mendorong kepada keuntungan jangka pendek tetapi ini meninggalkan kekosongan yang besar dalam sukan Malaysia dalam jangka masa panjang,” katanya semasa berucap pada majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-25 SportExcel di sini semalam.?

Khairy, yang juga penaung SportExcel, berkata akibat kekurangan atau tiada atlet mantap maka Malaysia tidak mampu bersaing dalam acara-acara tertentu di persada antarabangsa dan terpaksa bergantung kepada atlet berusia dengan jelas tiada barisan pelapis.

Menurutnya, beliau gembira untuk melihat SportExcel berkerja rapat dengan Majlis Sukan Negara, persatuan sukan kebangsaan dan sektor swasta dan telah menunjukkan ada formula kejayaan yang boleh diguna pakai untuk memastikan Malaysia kekal di landasan kejayaan di pentas antarabangsa.

Beliau turut mengumumkan dana tahunan sebanyak RM400,000 untuk SportExcel meneruskan program melahirkan atlet masa depan.

Sejak ditubuhkan pada April 1991, SporExcel telah menganjurkan 12 sirkit pertandingan tahunan iaitu sukan boling, kriket, berbasikal, gimnastik artistik dan gimrama, sepak takraw, menembak, skuasy, renang, taekwondo, tenis, olahraga dan golf.

Sementara itu, Pengerusi SportExcel, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata sumbangan dana RM400,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan itu akan memberi peluang untuk mereka menambah satu atau dua lagi acara sukan dalam sirkit serta membantu dalam program antarabangsa.

“Kami perlu menambahbaik program acara renang serta program olahraga,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");