Isu Panas

744 pelajar biasiswa JPA tunggu respons PM

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, digesa untuk menimbang semula pembatalan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 744 pelajar yang mendapat tawaran universiti terkemuka luar negara.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, penarikan balik biasiswa antarabangsa terhadap pelajar cemerlang merupakan sejarah kekecewaan yang berterusan terhadap kerajaan yang telah menabur pelbagai janji-janji kepada rakyat.

“Saya menyeru kepada Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran,? Datuk Seri Mahadzir Khalid untuk mendekati sektor swasta, sekurang-kurangnya membetulkan pengurusan kewangan dalam belanjawan akan datang supaya dapat memperuntukkan pembiayaan biasiswa yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, pelajar-pelajar biasiswa JPA telah bertemu dengan Perdana Menteri pada 2 Jun menyatakan hasrat untuk meneruskan hasrat bagi meneruskan program biasiswa mengikut masa yang sesuai.

Katanya, terdapat solusi alternatif yang telah diusahakan pelajar biasiswa dengan membuat rayuan supaya Program Universiti Terkemuka atau Program Liga Ivy dan Setara disambung semula.

Menurut beliau, biasiswa ini telah dilaksanakan sejak 2008 dan menaja pelajar secara eksklusif di sepuluh universiti terbaik dunia dalam bidang pengajian masing-masing mengikut Times Higher Education World Ranking.

Bagaimanapun, sejak 2012, nasib pelajar dan masa depan mereka bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan kerajaan.

“Sekiranya terdapat kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan dan penerima biasiswa,pelajar biasiswa JPA mencadangkan agar Perdana Menteri membuka semula semula program Renowed University. Implementasi program ini membenarkan beberapa pelajar melanjutkan pengajian tinggi di luar negara.

“Awal tahun ini, seramai 744 pelajar biasiswa JPA diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.Kerajaan menyatakan bahawa masalah kewangan menyebabkan pemotongan peruntukan untuk biasiswa ini demi menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan sebanyak RM240 juta,” katanya.

Hal demikian, kerajaan telah menempatkan semula pelajar-pelajar yang berkaliber dari universiti luar negara ke universiti tempatan sebagai langkah meningkatkan kualiti institusi tempatan.

“Saya memuji Perdana Menteri kerana kesediaanya untuk melibatkan diri dengan pertemuan pertam?a bersama pelajar biasiswa, kini kita menunggu beliau memenuhi janjinya.

“Keputusan berhubung perkara ini sepatutnya dimuktamadkan antara awal hingga pertengahan Julai ini,” katanya.

Sinar Harian pada 19 Mac lalu melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa kerajaan akan menjimatkan sebanyak RM240 juta sekiranya kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bagaimanapun, Azalina berkata, penajaan kepada 744 pelajar tersebut diteruskan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara seperti yang diumumkan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");