Berita Hari Ini

Tun M perlu mohon maaf isu Bangsa Johor

JOHOR BAHRU: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung kenyataannya berhubung Bangsa Johor.

Presiden Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Johor, Zaini Atan, berkata identiti Bangsa Johor yang digunapakai selama ini tidak pernah memecah-belah keharmonian atau penyatuan antara kaum di Johor.

Katanya, Dr Mahathir perlu memahami rakyat Johor tanpa mengira kaum sentiasa menyokong padu konsep Bangsa Johor dan menghormati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Kami tidak tahu apakah agenda Dr Mahathir menyentuh mengenai Bangsa Johor yang selama ini menjadi alat penyatuan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Sehubungan itu, pelbagai NGO yang berkumpul hari ini memohon Dr Mahathir memohon maaf kepada rakyat Johor dan menarik balik kenyataan beliau berhubung Bangsa Johor,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama, Persekutuan Persatuan-Persatuan India Johor (GAPEN), Gabungan Persatuan India Parlimen Gelang Patah dan Gabungan Persatuan dan Kelab India Daerah Johor Bahru.

Kelmarin, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan teguran Sultan Ibrahim terhadap Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa penggunaan istilah Bangsa Johor boleh meruntuhkan perpaduan rakyat.

Bangsa Johor adalah istilah dan konsep digunakan Almarhum Sultan Ibrahim Abu Bakar sejak tahun 1920. Semalam, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata konsep berkenaan menjadi alat penyatuan rakyat berbilang kaum di negeri ini tanpa menjejaskan cara hidup, agama dan budaya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");