Jenayah

Lelaki kantoi curi beras

KULIM – Tindakan seorang lelaki mencuri empat kampit beras pelanggan di sebuah pasar mini dekat Taman Kenari di sini, malam kelmarin, berjaya dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

Pemilik kedai, Tan Khim Pheng, 50, berkata, kejadian itu disedari jam 9 malam, setelah pelanggan tetapnya meminta pekerja mengira jumlah barangan yang dibeli untuk membuat pembayaran.

“Pelanggan saya yang selalu mendapatkan barang keperluan untuk perniagaannya, seperti biasa datang membeli dan barang-barang seperti cili, gula termasuk beras telah dibungkus sebelum diletakkan di satu sudut dekat pintu masuk untuk memudahkannya membawa pulang.

“Bila nak buat kira-kira, pelanggan terkejut empat kampit beras yang dia letak di sudut itu sudah tak ada, bila tanya pekerja saya, mereka cakap pembantunya sudah angkat.

“Tapi sebenarnya beras itu telah diambil seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal tanpa membuat sebarang pembayaran,” katanya.

Khim Pheng berkata, pekerjanya yang sedang berurusan dengan pelanggan berkenaan juga dipercayai menyedari kehadiran suspek yang sedang mundar mandir di dalam kedai.

“Lagaknya seperti pekerja, dia fikir pembantu kepada pelanggan berkenaan, jadi dia buat tak endah,” katanya.

Tambahnya, perkara itu pertama kali berlaku di kedainya sejak memasang kamera CCTV bagi memantau kejadian kecurian dan perkara tidak diingini.

“Saya cuma minta lelaki itu pulangkan semula beras, kalau memang tak ada duit nak makan, saya boleh beri, tapi kalau untuk aktiviti tak bermoral saya tak sokong,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");