Jenayah

Lelaki dikehendaki polis berjaya ditahan

KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikehendaki berhubung kes kecurian berjaya ditahan selepas polis menahan Perodua Kancil dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pasak pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, suspek berusia 36 tahun beralamat di Felda Air Tawar 1 ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari bersama seorang penumpang wanita Indonesia.

Menurutnya, semakan rekod mendapati pemandu tersebut mempunyai satu rekod ‘wanted’ bersabit kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan melibatkan kes curi di Skudai pada tahun 2011.

“Semakan terhadap perempuan berusia 32 tahun itu pula mendapati visa perjalanannya telah tamat tempoh.Pemeriksaan lanjut terhadap kedua-dua suspek dan pada kereta tersebut tidak menemui apa-apa barang salah.

“Suspek lelaki telah diserah kepada polis daerah Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut. Manakala wanita terbabit ditahan reman selama 14 hari dan disiasat di bawah Seksyen15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, tambah Rahmat, pada hari yang sama, anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi turut berjaya menahan seorang lelaki serta kereta Honda Odyssey yang dipandu di mana didapati nombor enjin dan chasisnya palsu.

Katanya, kira-kira jam 4.10 pagi anggota berkenaan telah ternampak suspek berusia 30 tahun itu dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan SS2/6 Taman Sri Saujana.

“Anggota MPV telah membuat pemeriksaan ke atas lelaki tersebut namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai lima rekod kesalahan lampau melibatkan pelbagai kesalahan.

“Semakan ke atas kenderaan pula mendapati nombor pendaftaran tiada rekod hilang bagaimanapun semakan ke atas nombor enjin dan nombor chasis mendapati tidak sama dengan rekod dan dipercayai palsu,”katanya.

Rahmat berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta yang dinaiki suspek telah menjumpai beberapa batang spanar dan ‘allen key’ pelbagai saiz yang telah ditajamkan.

Ekoran itu, anggota MPV telah menahan lelaki tersebut untuk siasatan lanjut dan dibawa ke Balai Polis Kota Tinggi.

“Kereta dan barang-barang yang dijumpai juga telah dirampas. Suspek yang bekerja sebagai pemandu bas di Johor Bahru dan beralamat di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas telah ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");