Membawang Hari Ini

Pengarah Tak Sangka ‘Pekak’ Dapat Perhatian Festival Antarabangsa

PETALING JAYA: Pengarah baharu Mohd Khairul Azri tidak pernah menyangka filem pertama arahannya, Pekak terpilih untuk menyertai tiga festival filem antarabangsa bagi mewakili Malaysia.

Mohd Khairul berkata, dia juga terkejut apabila karyanya itu mendapat maklum balas positif selain ia dilabel sebagai sebuah filem yang berani dikalangan pengkritik dan penonton di luar negara.

“Saya jujurnya terharu dengan pemilihan ini kerana sebagai pendatang baharu dalam industri perfileman saya tidak pernah menyangka buah tangan pertama saya ini mampu ke peringkat antarabangsa.

“Diharap dengan sambutan baik yang diterima akan memberi tambah nilai dalam menarik penonton tempatan menonton filem ini di pawagam,” katanya kepada mStar Online.

Pekak menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Iedil Putra mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 September 2016 (hari ini).

Ia pertama kali ditayangkan di peringkat antarabangsa pada tahun lalu di World Premiers Filem Festival Philippines.

Pada Mei lalu ia ditayangkan di Manche du Film 2016 pada Mei lalu menerusi program Malaysia Goes to Cannes anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM).

Pekak sekali lagi terpilih membuka tirai International Motivational Film Festival (IMFF) Bridge of Arts di Russia pada Ogos lalu dan bersaing dengan 10 lagi naskah dari serata dunia.

Dalam pada itu, Mohd Khairul mengakui menerusi karya pertamanya itu dia menampilkan kelainan dalam menggambarkan karekter orang lain keupayaan yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Katanya, apa digambarkan dalam filem berkenaan adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat dan ia tidak mengambil kira tentang keadaan seseorang itu.

“Saya sudah menampilkan sejujur mungkin dalam mengupas isu yang mungkin sudah biasa dikalangan masyarakat tetapi semakin membimbangkan saban hari.

“Tujuan saya menampilkan orang kelainan upaya kerana mereka juga sebenarnya tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dalam hidup.

“Antara mesej lain saya dalam filem ini adalah sebagai manusia kita tidak boleh mudah menilai seseorang daripada luaran mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Khairul berkata, terdapat beberapa bahagian filem ini yang dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana ada beberapa babak tidak sesuai untuk tontonan umum.

Akur dengan perkara itu, Mohd Khairul berkata, sebagai pengarah dia berharap apa yang ditampilkan dalam filem berkenaan dapat membuka mata masyarakat tentang realiti sebenar tentang gejala sosial dikalangan masyarakat.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");