Berita Hari Ini

1,155 premis makanan sertai Menu Rakyat 1Malaysia

Sehingga 16 Dis lepas, sebanyak 1,155 buah premis menjual makanan menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia berbanding hanya 611 ketika baru dilancarkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Tan Lian Hoe berkata daripada jumlah itu, Perak mendahului dengan 213 penyertaan, diikuti Selangor (142), Terengganu (134), Kedah (113) dan Pahang sebanyak 110 buah premis makanan.

“Peningkatan memberangsangkan daripada segi jumlah penyertaan premis sejak program ini diperkenalkan pada 7 Julai lepas adalah disebabkan ia membantu strategi pemasaran semua peserta dalam menarik lebih ramai pelanggan dan secara tidak langsung mampu meningkatkan jumlah pendapatan mereka,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Zainun Abu Bakar mengenai jumlah premis makanan yang telah menyertai program tersebut pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata KPDNKK juga sentiasa berusaha memastikan peningkatan penyertaan premis makanan terutama di kawasan pinggir dan luar bandar. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");