Peminat Kpop rata-rata menunjukkan kegembiraan apabila mendapat perkhabaran tentang hubungan cinta antara bintang utama drama ‘Weightligting Kim Bok Joo’ iaitu Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk baru-baru ini.
Pasangan kekasih pada skrin dari drama terbitan MBC itu mengesahkan bahawa hubungan percintaan mereka sebenarnya turut berlangsung di luar kamera.
Berikutan laporan-laporan janji temu dan gambar-gambar eksklusif, label YG Entertainment mengumumkan pengesahan bahawa kedua-dua pelakon dan model itu kini sedang hangat bercinta.
“Kami telah mengesahkan dengan Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk , dan telah diberitahu bahawa mereka telah mula rapat sejak terlibat dalam dunia model, dan baru-baru ini kedua-dua mereka mula menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih”
Lee Sung Kyung sebelum itu turut memaparkan posting-posting mencurigakan tentang percintaan mereka di laman Instagram namun hanya mengumumkan perkara baik itu baru-baru ini.
Apa-apa pun, peminat kedua-dua bintang Kpop ini ternyata menyatakan kegembiraan susulan kebanyakkan mengharapkan Sung Kyung dan Joo Hyuk adalah pasangan sebenar.